Soalan Lazim Soalan Lazim

Frequently Ask Questions









  • Pendaftaran
    • Q

      Bagaimanakah saya hendak mendaftar kegiatan / perniagaan / aktiviti saya di dalam E-Biosekuriti?

      A

      i.    Layari portal atas talian sistem E-biosekuriti dan dapatkan kod pengenalan diri dan kata laluan bagi mengakses kepada sistem pendaftaran kegiatan/perniagaan/aktiviti syarikat. Kod pengenalan diri dan kata laluan boleh diperolehi dengan menekan butang  Daftar Masuk pada ruangan sebelah atas kanan portal.  Ikut arahan selanjutnya.

      ii.  Pendaftaran di dalam sistem E-Biosekuriti Perikanan terbahagi kepada beberapa kegiatan/perniagaan/aktviti seperti;

      a.    Ladang / sangkar Ternakan Ikan Makan.

      b.    Pusat Penetasan Benih Ikan/Udang.

      c.    Ladang Ternakan Ikan Hiasan.

      d.    Vesel Perikanan Tangkapan Operasi lebih 24 jam.

      e.    Vesel Perikanan Tangkapan Operasi kurang 24 jam.

      f.     Pengeksport / Pengimport Ikan Hiasan.

      g.    Ladang Ternakan Ikan Spesis Terancam (CITES).

      h.    Pengeksport / Pengimport Ikan Spesis Terancam (CITES).

      i.      Kilang Makanan Ikan.

      j.      Stor Penyimpanan Makanan Ikan.

      k.    Kilang Tepung Ikan.

      iii.Pemohon perlu mengenalpasti kegiatan/perniagaan/aktiviti yang diceburi sebelum membuat permohonan.  Sila kenalpasti kriteria kegiatan/perniagaan/aktiviti dibawah dipenuhi sebelum mengisi borang permohonan pendaftaran;

              

      Bil.
      Kategori Pendaftaran Keterangan
      1. Aktiviti Tunggal.

      Satu syarikat yang hanya mempunyai satu nama dan aktiviti tunggal pada satu lokasi.

      2. Berbilang Nama.

      Satu syarikat yang berada pada satu lokasi yang sama, berkongsi kesemua fasiliti, mempunyai rekod dan pengurusan yang sama, hanya mempunyai dua nama berbeza kerana sebab-sebab perdagangan.

      3. Berbilang Lokasi.

       

      Satu syarikat induk yang mempunyai banyak anak syarikat yang berada dilain-lain lokasi.

      4. Berbilang Aktiviti. Satu syarikat yang mempunyai lebih daripada satu aktiviti seperti pada para (i) dan berada pada lokasi yang sama.

       


       

      iv.   Pemohon mestilah mempunyai akaun emel yang sah dan perlu melengkapkan butiran di dalam borang pendaftaran.

      v.   Setiap pemohon akan diberikan nombor rujukan permohonan dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk dipanjangkan ke Unit Biosekuriti Perikanan Negeri terhampir untuk diproses selanjutnya.

      vi.  Unit Biosekuriti Perikanan Negeri yang menerima permohonan terbabit akan menjalankan pemeriksaan pra pendaftaran ke atas premis dalam masa 10 hari setelah menerim

      vii.  Setiap permohonan yang berjaya didaftarkan,  maklumbalas nombor pendaftaran akan dihantar kepada pemohon melalui sistem pesanan ringkas atau e-mel.

       

    • Q

      Apakah langkah selanjutnya setelah kegiatan/perniagaan/aktiviti saya telah berjaya didaftarkan?

      A

      i.    Premis yang telah berdaftar, sekiranya pemilik berminat untuk dipersijilkan aktiviti mereka dibawah program FQC, SPLAM dan SAAB, setiap pemilik perlulah membuat permohonan rasmi di dalam sistem E-Biosekuriti bagi menjalani proses pengauditan pematuhan.

      ii.  Permohonan berkenaan berkenaan akan diproses dan Bahagian Biosekuriti Perikanan akan menetapkan tarikh pengauditan.

      iii.Juruaudit Biosekuriti Perikanan akan mengunjungi premis pemohon mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

      iv.Sekiranya terdapat sebarang ketidakakuran yang dikeluarkan semasa sesi pengauditan, pemilik perlulah menetapkan tarikh bagi penutupan kesemua ketidakakuran yang ditemui semasa sessi pengaudtian.

      v.  Setelah kesemua ketidakakuran ditutup oleh pemilik, Bahagian Biosekuriti Perikanan akan mempertimbangkan kelayakkan pemohon untuk diluluskan dan seterusnya dipersijilkan mengikut kelayakkan pemohon.

               vi.  Setiap pemohon yang berjaya diluluskan akan dianugerahkan dengan Sijil FQC/SPLAM/SAAB sebagai rujukan                    mereka. Maklumat kelulusan ini akan disampaikan kepada pemohon melalui Sistem Pesanan Ringkas dan E-mel. 

    • Q

      Sekiranya sesebuah ladang dan pengeksport/ pengimport ikan hidup telah berdaftar. Bagaimanakah untuk mengemaskini maklumat sediaada di dalam sistem ini?

      A

       

      Untuk mengemaskini maklumat pendaftaran, pemohon hendaklah melayari laman sesawang seperti berikut…… dan ….

      Maklumat yang boleh dikemaskini adalah seperti berikut:

                          i.       Nama Syarikat/ Ladang.

                        ii.       Maklumat Manager Syarikat/ Ladang.

                       iii.       No. Perhubungan atau Faksimili.

                       iv.       Bilangan struktur binaan premis/ ladang.

                        v.       Senarai spesies yang diternak/ dieksport/ diimport.

                       vi.       Alamat e-mail.

                       vii.       Status tanah.

                       viii.       Keluasan premis/ ladang.

                        ix.       Sistem sumber air.

                         x.       Sistem rawatan air masuk.

                        xi.       Sistem rawatan air keluar/ buangan.

                        xii.       Anggaran Pengeluaran/ Eksport/ Import.

  • Pensijilan
    • Q

      Apakah makna SAAB, SPLAM dan FQC?

      A

      SAAB adalah akronim bagi Skim Amalan Akuakultur Baik.  Skim pensijilan ini adalah menilai paras kepatuhan penternak kecil, sederhana dan baru terhadap Garispanduan dan Strandard Malaysia mengenai pelaksanaan amalan akuakultur baik diperingkat ladang/sangakar ternakan ikan.

      SPLAM pula adalah akronim bagi Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia.  Skim ini menilai paras kepatuhan penternak yang bersaiz komersial dan menyediakan porgram jaminan kualiti bagi memastikan produk ladang mereka mencapai piawaian yang digariskan didalam program jaminan kualiti yang telah ditentukan dan patuh kepada keperluan negara pengimport.

      FQC adalah akronim bagi Fish Quality Certificate. Sijil ini dikeluarkan kepada kesemua premis kegiatan/perniagaan/aktiviti yang patuh kepada keperluan di bawah Peraturan Perikanan (Kawalan Kualiti Ikan bagi Eksport ke Kesatuan Eropah) 2009.

    • Q

      Bagaimanakah untuk saya memohon untuk mendapatkan sijil SAAB/SPLAM/FQC?

      A

      Permohonan bagi mendapatkan pensijilan SAAB boleh dibuat dengan mendapatkan terlebih dahulu kod pengenalan diri dan kata laluan di Portal e-Biosekuriti.  Seterusnya pemohon boleh mengakses laman aplikasi utama dan mendaftarkan aktiviti penternakan mereka di dalam borang pendaftaran serta memilih jenis sijil yang mereka kehendaki. 

    • Q

      Apakah jenis sijil yang sesuai untuk kegiatan/perniagaan/aktiviti saya?

      A

      Bagi permohonan baru, setiap pemohon perlu membuat permohonan dengan memilih mana-mana skim pensijilan.  Keputusan bagi kesesuaian sijil akan dibuat oleh Unit Biosekuriti Perikanan Negeri setelah lawatan pra pemeriksaan dilaksanakan.

  • Kelulusan
    • Q

      Berapa lama sesebuah ladang/vesel/hatceri/kilang pemprosesan makanan ternakan boleh diluluskan?

      A

       

      Kelulusan sesuatu   ladang/vesel/hatceri/kilang pemprosesan makanan ternakan adalah tertakluk kepada audit/pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perikanan.

    • Q

      Adakah senarai nama ladang/ premis pengeksport/ pengimport ikan hidup yang berdaftar/ diluluskan dipamerkan dalam sistem ini? Jika ya, bagaimanakah untuk mendapatkan senarai tersebut.

      A

       

      Ya, senarai ladang/ pengeksport/ pengimport berdaftar/ diluluskan akan dipamerkan dalam sistem ini. Tuan/ Puan hendaklah melayari laman sesawang seperti berikut…… dan ….

    • Q

      Berapa lama proses untuk kelulusan bagi permohonan membawa masuk spesies ikan baru / asing?

      A

       

      Kelulusan adalah bergantung kepada tahap risiko spesies ikan asing tersebut dan pemohon dapat memberikan maklumat lengkap yang dinyatakan dalam jawapan pertama.

  • Pengauditan
    • Q

      Adakah pemohon disyaratkan untuk membiayai perjalanan dan penginapan juruaudit selepas permohonan audit dilakukan?

      A

      Tidak. Segala perbelanjaan bagi aktiviti pengauditan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

    • Q

      Sekiranya lama yang dipersetujui untuk mengambil tindakan pembetulan, adakah saya boleh memohon untuk melanjutkan tempoh tersebut?

      A

       

      Boleh. Untuk aktiviti audit pematuhan (compliance), pemohon  boleh memohon untuk perlanjutan tempoh pembetulan dengan permohonan rasmi kepada Jabatan Perikanan Negeri.

      Walaubagaimanapun, untuk aktiviti audit survelan, ianya telah ditetapkan selama 2 minggu dari tarikh pengauditan.

    • Q

      Bagaimanakah untuk memohon untuk memasuki Program Survelan Penyakit Ikan keatas Ladang Ikan Hiasan, Ladang Ikan Makan dan Pengeksport/ Pengimport Ikan Hidup?

      A

       

      Program Survelan Penyakit Ikan hanya akan dijalankan pada Ladang/ Premis pengeksport/ pengimport yang berdaftar/ diluluskan. Pemilihan untuk menyertai program ini adalah bergantung kepada risiko penyakit OIE dan keperluan negara pengimport terhadap ikan yang diternak/ dieksport/ diimport yang akan ditentukan oleh Jabatan.

  • Makmal
    • Q

      Adakah Jabatan Perikanan akan mempamerkan keputusan analisis penyakit yang dijalankan? Jika ya, Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat tersebut.

      A

       

      Tidak, Jabatan tidak mempamerkan keputusan analisis kepada umum. Keputusan analisis hanya akan diberikan kepada pemilik sampel yang dianalisis melalui sms dan sistem e-biosekuriti. 

  • Penyakit
    • Q

      Bagaimana untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyakit OIE dan senarai spesies yang boleh dijangkiti oleh penyakit tersebut.

      A

      Sistem ini mempunyai link dengan laman sesawang OIE dan lain-lain laman sesawang yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat ini, tuan/ puan hendaklah melayari laman sesawang seperti berikut…… dan ….

  • Import dan Eksport
    • Q

      Bagaimana hendak mengimport spesies ikan baru / asing ke Malaysia?

      A

       

      Pengimport perlu menghantar permohonan mengimport spesies ikan baru / asing melalui surat rasmi kepada Jabatan Perikanan Malaysia. Maklumat berikut perlu dikepilkan:

       

              i.    Nama saintifik spesis (termasukorder, sub-order, genus, species,sub-species dan varieti)

       

              ii.    Nama biasa spesis

              iii.    Tujuan import spesis tersebut ke dalam Negara

       

              iv.    Negara, zon, negeri, wilayah, daerah, asal spesis tersebut.

              v.    Taburan spesis (di dalam Negara Pengeksport

              vi.    Kawasan Pengeluaran (di dalam Negara Pengeksport

              vii.    Destinasi Export

              viii.    Sumber benih (hatcheri/ liar)

       

              ix.    Kejadian penyakit atau rawatan terhadap benih

       

              x.    Kejadian penyakit yang berlaku ke atas spesis tersebut

       

              xi.    Jenis penyakit yang terlibat

       

             xii.    Pengurusan penyakit dan program survelan penyakit yang dijalankan oleh Competent Authority (CA)                          Negara pengeksport

       

              xiii.    Simptom-simptom kejadian penyakit

       

              xiv.    Langkah-langkah sanitari yang diambil oleh Competent Authority (CA) Negara Pengeksport

       

              xv.    Kaedah ternakan di oleh negara pengeskport

       

              xvi.    Kaedah penuaian yang dilakukan oleh Negara Pengeksport

       

              xvii.    Kemudahan/fasiliti kuarantin yang ada di premis pengimport (termasuk layout)

       

              xviii.    Alamat lokasi di mana spesis tersebut akan diternak.

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

       

    • Q

      Apa kepentingan (Import Risk Analysis) IRA terhadap sumber perikanan Negara?

      A

       

      Untuk memastikan sumber biodiversity perikanan Negara adalah terpelihara dari ancaman penyakit luar yang boleh memudaratkan sumber perikanan Negara.

    • Q

      Apakah prosedur seterusnya selepas mendapat kelulusan IRA? ?

      A

       

      Pemohon perlu memaklumkan tarikh konsainan dibawa masuk bagi tujuan pemantauan oleh unit biosekuriti perikanan negeri. DOF juga akan memantau premis pemohon dari masa ke masa.

    • Q

      Berapa tempoh sah laku kelulusan IRA?

      A

       

      1 tahun sahaja dengan kuota.

  • Lain-lain
    • Q

      Bolehkan pemilik ladang/vesel/hatceri/kilang pemprosesan makanan ternakan dari kalangan warganegara asing?

      A

      Boleh.

    • Q

      Adakah dalam tempoh lulus, ladang/premis/vesel/hatceri/kilang? pemprosesan makanan ternakan boleh digantung status kelulusannya

      A

       

      Ya. Sesebuah ladang/premis/vesel/hatceri/kilang pemprosesan makanan ternakan boleh digantung status kelulusan bilamana perkara ini berlaku;

       

      i.     Ladang/premis/vesel/hatceri/kilang pemprosesan makanan ternakan tidak mengekalkan tahap kepatuhan bilamana pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan melakukan program Kawalan Rasmi

      ii.     Sekiranya program persampelan di ladang/premis/vesel/ hatceri/ kilang pemprosesan makanan ternakan menunjukkan keputusan positif.

      iii.     Terdapat perubahan pada ladang/ premis/vesel/ hatceri/ kilang pemprosesan makanan ternakan tanpa memaklumkan kepada Jabatan Perikanan (Major)